fbpx

Jangan panggil kami retis – Shafie Naswip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIE NASWIP secara peribadi beranggapan panggilan 'retis' terhadap pelakon sepertinya satu penghinaan.

PETALING JAYA – Pelakon Shafie Naswip memohon kepada peminatnya atau sesiapa sahaja supaya tidak memanggilnya dengan gelaran ‘retis’ (artis) kerana menganggap perkataan tersebut seolah-olah satu penghinaan terhadap pekerjaannya sebagai pelakon.

Ujar Syafie atau nama lengkapnya Mohd. Shafie Naswip, 29, dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa, cuma berharap supaya netizen tidak menggunakan gelaran ‘retis’ kepadanya.

“Hi semua. Minta maaf kalau status saya ini menyentak hati beberapa pihak. Saya cuma ingin tegaskan kalau boleh, jika ingin bergembar, menyapa saya atau membalas komen saya dalam Instagram, elakkan menggunakan perkataan ‘retis’.

“Gelaran itu sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya,” katanya.

Ujar pelakon drama Budak Tebing itu lagi, dia mahu supaya netizen menggelarkannya sebagai pelakon atau pemeran. Jika tidak, memanggil namanya sahaja sudah cukup memadai.

“Kalau boleh cukup anda gelarkan saya pelakon atau pemeran daripada menggunakan panggilan itu (retis),” ujarnya.

Tambah Syafie, dia mengakui hatinya terguris setiap kali gelaran ‘retis’ itu digunakan kepadanya oleh netizen, namun hanya sekadar mampu tersenyum.

“Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa. Tapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, perkataan itu sangat mengguris hati saya.

“Harap anda semua memahami,” luahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI