fbpx

Polis selesai ambil keterangan Nadir, Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Caprice, Nadir dan Ebit.

KUALA LUMPUR – Polis selesai mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Caprice berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menghantar soalan yang perlu dijawab pada 29 Ogos lalu menerusi e-mel yang dihantar oleh pegawai yang menyiasat kes tersebut.

“Kedua-dua mereka telah selesai memberi keterangan dan kita juga telah menerima e-mel balas daripada mereka baru-baru ini.

“Kita berterima kasih kepada mereka kerana memberi kerjasama kepada pihak polis dalam proses mengambil keterangan ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, proses seterusnya adalah melengkapkan kertas siasatan dan sebaik ia dilengkapkan, pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kosmo! pada 21 Ogos lalu melaporkan, polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.

Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dilakukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Difahamkan, Ebit Lew membuat laporan polis selepas menerima tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI