fbpx

Lama-lama, rumah saya jadi kondominium – Shaheizy Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHEIZY SAM berkongsi aktivitinya, termasuk menghias laman rumah sementara kerja-kerja penggambaran masih belum boleh dilakukan.

PETALING JAYA – Gara-gara masih masih tidak dapat menjalani sebarang penggambaran, pelakon Shaheizy Sam menggunakan waktu terluang dengan membina sendiri taman mini di kawasan kediamannya.

Bintang Polis Evo itu berkata aktivititi tersebut setidak-tidaknya boleh menghilangkan kebosanan daripada sekadar duduk di rumah.

“Saya bila tidak ada kerja, mulalah buat itu, buat ini. Sebab dah terlalu bosan duduk rumah. Kerja-kerja seperti ini (berkebun dan bertukang) sebenarnya merupakan satu kepuasan lebih-lebih lagi bila kita buat sampai jadi (siap),” katanya.

Terdahulu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shaheizy atau nama lengkapnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 38, turut berkongsi kegiatannya membina landskap berupa taman mini untuk mengisi masa lapang.

Ujar suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu lagi, dia merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan dan berasa sangat puas hati jika membina sendiri taman mini di pekarangan rumahnya.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu turut menggesa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan sektor industri kreatif kembali dibuka sepenuhnya.

“Jadi tolonglah pihak MKN supaya membenarkan kami untuk kembali menjalani penggambaran. Kalau tidak, lama-lama rumah saya jadi macam kondominium. Sikit-sikit tambah (ubah suai rumah),” katanya.

Hasil tinjauan Kosmo! Online dalam laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mendapati, pembukaan semula aktiviti penggambaran filem pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara telah diluluskan seperi yang diumumkan Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia pada 19 Julai 2021.

Sehubungan dengan itu, Finas mengingatkan semua syarikat produksi drama, iklan dan dokumentari yang layak untuk mematuhi semua garis panduan dan SOP yang diperketatkan melalui pelaksanaan Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) bagi penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal di negeri-negeri status Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI