fbpx

Hannah Delisha beri bayangan sedang hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Hannah (kiri, atas) mengundang pertanyaan peminat adakah dia kini sedang berbadan dua.

SEJAK akhir-akhir ini, banyak berita gembira mengenai beberapa selebriti tanah air yang berbadan dua, termasuklah Wawa Zainal dan Ayda Jebat.

Tidak kurang juga tentang khabar angin beberapa selebriti wanita tanah air yang didakwa sedang hamil seperti Neelofa dan Intan Ladyana.

Terbaharu, si cantik Hannah Delisha juga didakwa sedang berbadan dua susulan satu hantaran Instagram yang dimuat naiknya beberapa hari lalu.

Menerusi entri tersebut, Hannah memuat naik sekeping foto tangannya sedang memegang sekuntum bunga putih dan disertakan kapsyen mengundang tanda tanya ramai.

“Little ones (si kecil),” tulis Hannah ringkas dalam entri tersebut.

Meskipun ringkas, namun rata-rata pengikut Instagramnya membuat andaian kononnya Hannah memberi bayangan sedang hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan Imam Shah.

Hannah bagaimanapun sekadar membiarkan semua pertanyaan tersebut, sepi tanpa jawapan.

Jika benar apa yang didakwa netizen, tahniah Mizz Lahar ucapkan. Hannahlah pula, nikah pun rahsia-rahsia.

MIZZ LAHAR: Harap Datuk Seri Vida pilih calon suami yang terbaik buat dirinya. Sekarang ramai yang gila harta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI