fbpx

Taliban asingkan pelajar lelaki, wanita di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar wanita dibenarkan meneruskan pengajian di universiti namun bukan dalam kelas bercampur dengan lelaki. - AFP

KABUL – Kaum wanita di Afghanistan akan dibenarkan menyambung pelajaran di universiti tempatan, namun tidak dibenarkan berada dalam kelas yang bercampur dengan lelaki, lapor akhbar New York Post, semalam.

Keputusan itu merupakan antara pembaharuan dalam era pemerintahan baharu Taliban berbanding zaman 90-an dahulu yang menyaksikan pengharaman ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan untuk pergi ke sekolah.

“Penduduk Afghanistan akan meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi mengikut syariat Islam yang selamat dan tanpa bercampur antara pelajar lelaki serta perempuan.

“Taliban juga akan mewujudkan kurikulum Islam yang bersesuaian dengan nilai-nilai Islam, nasional dan sejarah kita namun dalam masa sama dapat bersaing dengan negara-negara lain,” kata Pemangku Menteri Pendidikan Taliban, Abdul Baqqi Haqqani.

Sebaik sahaja menguasai Afghanistan awal bulan ini, Taliban berjanji untuk menghormati hak saksama wanita dalam sektor pendidikan dan kerjaya, namun mengikut syariat Islam.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid pada minggu lalu menggesa kaum wanita kembali ke sekolah dan bekerja seperti biasa tanpa sebarang halangan daripada pihaknya.

Namun, apa yang disebut sebagai penjenamaan semula Taliban, menimbulkan persoalan tentang pelaksanaannya termasuk permintaan beberapa aktivis hak wanita yang menolak untuk memakai burqa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI