fbpx

Maafkan saya Malaysia – Ziyad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pingat emas yang dimenangi Ziyad ditarik balik selepas protes dilakukan oleh Ukraine.

PETALING  JAYA – Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selepas pingat emas acara lontar peluru F20 yang dimenangi pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam ditarik balik.

Ia susulan protes yang dilakukan oleh kem Ukraine yang mendakwa tiga atlet termasuk Ziyad lambat untuk melaporkan diri ke ‘call room’ sebelum pertandingan dimulakan.

Justeru, meskipun sudah memenangi pingat emas dengan catatan rekod dunia 17.94 meter (m), namun kemenangan atlet berusia 31 tahun itu dibatalkan dan rekod tersebut tidak dikira.

Menerusi pembatalan itu, atlet Ukraine, Maksym Koval diangkat sebagai pemenang pingat emas dengan rekod dunia 17.34m sementara pingat perak menjadi milik rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya ringkas menerusi kemaskini yang dilakukan di laman Instagramnya hari ini.

Bagaimanapun, reaksi yang diterima rata-rata memberi sokongan kepada pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 itu termasuk bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI