fbpx

Bekalan air pulih 52 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pemulihan bekalan air di semua lima wilayah terjejas di Lembah Klang terus meningkat dengan mencatatkan pada tahap 52 peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, bacaan itu direkodkan setakat pukul 4 petang dengan Petaling dan Kuala Langat mencatatkan pemulihan masing-masing 36.6 dan 45 peratus.

“Hulu Langat pula mencatatkan sebanyak 81.5 peratus pemulihan diikuti Sepang (56.7 peratus) dan Putrajaya (56.5 peratus).

“Orang ramai diminta mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika mendapatkan bekalan air menerusi bantuan lori tangki yang digerakkan sepanjang tempoh pemulihan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! terdahulu melaporkan sebanyak 192 kawasan melibatkan daerah Petaling dan Kuala Langat masih belum menerima sebarang pemulihan air setakat pukul 12 tengah hari tadi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI