fbpx
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sedang memikirkan kemungkinan untuk meninggalkan JDT.

Tinggalkan JDT? 50/50 – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sedang memikirkan kemungkinan untuk meninggalkannya kelab bola sepak yang telah dipimpinnya sejak 2014.

Tunku Mahkota Johor itu dalam laman Instagram baginda bertitah, keputusan itu bagaimana masih dalam pertimbangannya sama ada benar-benar mahu meninggalkan JDT atau sebaliknya.

Titah baginda, antara yang menjadi kebimbangan sekiranya baginda meninggalkan skuad Harimau Selatan itu segala-galanya akan musnah.

“Saya sudah lapan tahun mengurus JDT, secara jujur saya letih sikit. Tetapi jikalau saya angkat kaki segala-galanya akan musnah, pemain akan pergi, penaja akan lari dan kakitangan staf juga akan pergi.

“Jadi saya 50/50, tetapi dengan secara jujur, saya letih sikit kerana saya mengurus bola sepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bola sepak,” titahnya.

Baginda bertitah demikian menjawab pertanyaan seorang pengikut laman sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada betul baginda akan meninggalkan JDT.

Titah baginda lagi, dalam hidup seseorang individu, mereka seharusnya mencari sesuatu yang baharu apabila tidak lagi berasa gembira melakukan perkara yang sudah menjadi kebiasaan.

“Dan dalam hidup apabila kita tidak berasa gembira buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain, jadi buat masa ini 50/50,” titahnya.

Pada 25 Ogos lalu, Tunku Ismail meninggalkan komen seolah-olah baginda akan menjadi JDT yang telah menjuarai Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.

“Saya telah berjaya memba­ngunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Kemudahan infrastruktur bertaraf tinggi dan 18 piala pasukan senior dan 10 piala pasukan junior. Kesemua 28 piala dalam lapan tahun.

“Ini saya punya hadiah terakhir kepada kelab,” kata Tunku Ismail di ruang komen ber­kenaan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR