fbpx

Pulau Langkawi dijangka dibuka 16 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Langkawi

YAN – Sektor pelancongan di Pulau Langkawi dijangka dibuka kepada pelancong pada 16 September depan sempena Hari Malaysia.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pembukaan gelembung pelancongan itu bagaimanapun bergantung kepada jumlah kes positif Covid-19 harian dan kes aktif yang direkodkan di pulau peranginan tersebut.

Katanya, pembukaan hanya akan dibuat apabila kes positif harian di Pulau Langkawi di bawah 10 kes dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditentukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Saya ada mesyuarat khas kelmarin dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi memohon nasihat daripada MKN dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) tentang tarikh pembukaan Langkawi.

“Pembukaan itu bergantung sepenuhnya kepada laporan kemajuan yang akan disediakan JKN Kedah dan kita jangka (Langkawi) dibuka pada 16 September ini sempena Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Operasi Bencana Yan Perikatan Nasional di Kampung Acheh di sini hari ini.

Kata beliau, kerajaan negeri Negeri Kedah mengalu-alukan bantuan daripada MOTAC, MKN dan JKN untuk pembukaan Langkawi kelak. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI