fbpx

Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi orang ramai berhubung kejadian di Simpang Ampat, Nibong Tebal semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang parah selepas diserang beberapa lelaki dipercayai bersenjata tajam semasa membeli laksa di sebuah gerai di Taman Merak, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun tersebut dipercayai diserang enam individu yang memakai topeng muka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa dikatakan pergi ke sebuah gerai untuk membeli laksa sebelum saksi melihat dia berlari masuk ke dalam kawasan tapak pasar malam.

“Mangsa dikejar beberapa lelaki yang memakai baju lengan pendek.

“Saksi mendakwa mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan terjatuh sebelum diserang sekali lagi oleh suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sejurus suspek beredar, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini dan berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan banyak darah.

“Ada kesan tetakan pada dua kedua-dua belah tapak tangan, belakang kepala selain torehan pada paha. Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan kerana tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI