fbpx

Intan didakwa hamil, ini jawapan Harris Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRIS enggan mengulas lanjut tentang spekulasi kehamilan Intan Ladyana.

PETALING JAYA – Tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin yang bertiup kencang isterinya tentang kehamilan Intan Ladyana, pelakon dan penyanyi, Harris Alif memaklumkan andai sudah sampai waktu yang sesuai dia sendiri akan membuka mulut.

Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memperincikan desas-desus berita tersebut.

“Minta maaf, kalau boleh saya tak nak komen apa-apa sangat tentang isu itu (Intan sudah hamil). Cukuplah orang mendoakan yang baik-baik sahaja buat isteri saya.

“Tapi, saya sedia maklum yang orang sedang bercakap tentang khabar angin mengatakan Intan sudah hamil. Beginilah, Insya-Allah, kalau sudah sampai waktu yang tepat, saya atau Intan sendiri yang akan dedahkan (tentang kehamilan),” kata Harris kepada Kosmo! Online.

Ujar bekas juara program realiti, Idola Kecil musim 3 itu, dia berharap semua orang memberikan ruang dan menghormati permintaan kecilnya untuk tidak mendedahkan lebih lanjut tentang perkara tersebut.

“Saya cuma berharap orang faham. Bukan saya tidak mahu kongsi tapi kalau sudah sampai waktu, kalian akan dengar daripada mulut kami sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melalui ruangan pojok melaporkan Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 39, didakwa sudah berbadan dua susulan penyebaran sebuah video oleh seorang netizen yang mengutarakan perihal berkenaan.

Berdasarkan beberapa keping foto dan sebuah video yang dikongsikan pengguna TikTok tersebut, memang terlihat jelas bentuk ‘baby bump’ pada perut Intan.

Menggayakan baju berwarna merah, jelas kelihatan perutnya terlihat sedikit ‘buncit’. Tetapi pemerhatian Kosmo! mendapati muat naik yang dikongsi dalam Instagram Intan menunjukkan perkongsian berkenaan diambil sekitar Mei lalu.

Bagaimapaun, perkongsian Intan minggu lalu paling menarik perhatian ramai apabila dia dilihat menutup bahagian perut dengan bantal dalam sebuah video, seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada Februari tahun ini dan perkahwinan pasangan selebriti itu menjadi perbualan netizen disebabkan jurang usia antara mereka agak jauh iaitu 17 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI