fbpx

Hanya tin biskut dan tali, hasilkan irama gendang silat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS Bakar menunjukkan hasil reka cipta tin biskut yang diregang tali tangsi boleh menghasilkan irama gendang ketawak Pahang di Kampung Gemunchor di Lipis baru-baru ini.

LIPIS – Lazimnya alat muzik persilatan dihasilkan daripada gendang anak, gendang ibu dan gong yang dipalu semasa majlis keramaian bagi menyambut pembesar, persembahan persilatan dan meraikan pengantin.

Kombinasi paluan alat muzik tradisional itu menghasilkan irama dan bunyi yang cukup sedap didengar malah memberi semangat kepada persembahan pencak silat.

Kini segalanya kemungkinan boleh berubah apabila seorang warga emas, Idris Bakar, 65, hanya menggunakan tin biskut dan tali tangsi untuk menghasilkan kombinasi tiga bunyi serentak irama gendang silat.

Ciptaan Idris itu cukup mudah dan kreatif dengan hanya perlu menebuk lubang pada tin biskut dan kemudian meregang seutas tali tangsi seakan-akan berbentuk seperti gitar.

“Sebenarnya ciptaan ‘gitar’ tin biskut boleh menghasilkan muzik gendang ketawak Pahang berasaskan regangan tali tangsi dan besarnya lubang yang ditebuk pada tin berkenaan.

“Sejak usia muda lagi, saya suka menonton dan mendengar irama gendang ketawak Pahang di majlis keramaian dan perkahwinan dengan pelbagai irama rentak tradisional sehingga timbul minat untuk merekacipta menggunakan bahan lain,” katanya di Kampung Gemunchor di sini hari ini. – K! ONLINE

Idris yang merupakan nelayan sungai berkata, beberapa kali hasil ciptaannya diubah suai bagi menghasilkan bunyi gendang ketawak yang tulen sama seperti kombinasi paluan gendang anak dan gendang ibu serta bunyi gong. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI