fbpx

TDM sahkan anggota hilang daripada 10 Briged Para

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat anggota yang hilang masih diteruskan sehingga hari ini. Foto IHSAN FB TDM

KUANTAN – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang anggota daripada 10 Briged Para iaitu Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang merupakan anggota tinjau dari pasukan Kompeni Pandura (Para) dipercayai lemas selepas hilang di Sungai Pahang.

Katanya, semasa kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa sedang melaksanakan latihan taktikal menyeberangi sungai di sekitar Kampung Batu Bor di Bera.

Katanya TDM telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat sejak semalam namun mangsa belum ditemukan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilaksanakan di tempat kejadian pada pada pukul 4.50 petang semalam, turut dibantu pihakPolis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang kampung di kawasan kali terakhir mangsa dilihat.

“Pada pukul 7 petang semalam, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara kerana keadaan cuaca yang semakin gelap dan SAR di sambung pada hari ini,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu sebarang perkembangan tentang kejadian tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Ujarnya, TDM berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu misi pencarian ini serta bagi menjaga perasaan waris mangsa yang terlibat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI