fbpx

Kesempurnaan, pesona kecantikan Song Hye-kyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG HYE-KYO

AKTRES jelita Song Hye-kyo memukau perhatian khalayak apabila berkongsi beberapa keping gambar terkininya ketika menjalani sesi fotografi bersama majalah Vogue Korea.

Biarpun gambar-gambar berkenaan merupakan edisi B-cut (bidikan gambar yang tidak menepati standard penerbit), namun kecantikannya tetap menuai pujian peminat.

Dalam foto tersebut, Hye-kyo menyerlahkan pesona kecantikannya apabila mengenakan fesyen elegan dengan pelbagai rekaan busana.

Pesona aura aktres drama Descendants of The Sun itu memukau tatapan peminat kerana aksinya yang menonjolkan figura tubuh badannya yang genit.

Bukan sekadar itu, peminat juga tidak henti-henti memuji kecantikan aktres berusia 40 tahun itu yang didakwa langsung tidak dimamah usia.

“Dia sangat cantik! Saya gembira melihatnya kembali muncul di hadapan umum dan kembali dalam skrin kecil tidak lama lagi,” ujar seorang peminatnya.

November depan, Hye-kyo akan membuat kemunculan semula di skrin kecil menerusi drama terbaharu berjudul We’re Not Breaking Up terbitan SBS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI