fbpx

Kemuliaan lebih daripada nilai RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang warga emas membantu wanita dalam kesusahan

PETALING JAYA – “Pak cik itu hanya ada RM2, tetapi dia tetap bantu saya untuk isi minyak.”

Itulah perkongsian seorang wanita yang dibantu seorang warga emas selepas motosikal yang ditunggangnya kehabisan minyak yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan sebuah video berdurasi dua minit yang dikongsi @Fitry.care di TikTok, wanita itu kelihatan sedang mengalami masalah apabila motosikalnya kehabisan minyak.

Ketika kejadian, wanita ini bertemu dengan seorang lelaki warga emas yang berkerja sebagai penjaga lori.

Bagaimanapun, warga emas itu rupa-rupanya mengalami masalah pendengaran dan selepas itu, dia memakai alat pendengaran, barulah memahami kata-kata wanita itu.

Wanita ini cuba untuk meminjam wang sebanyak RM2 daripada warga emas itu dan tanpa disangka, lelaki itu segera memberikannya duit.

Lebih mengharukan apabila lelaki itu memberitahu, dia hanya mempunyai wang sebanyak itu dan bercadang untuk menggunakan bagi membeli kuih.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih satu juta tontonan dan 171,000 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI