fbpx

Kampung Nelayan, Benut, Pontian dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Nelayan, Benut, Pontian dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketakan ( PKPD ) bermula esok sehingga 13 September 2021.

PONTIAN – Seramai 282 penduduk di Kampung Nelayan, Benut terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 13 September depan.

Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Raffi Abdullah berkata, PKPD itu melibatkan dari 68 buah keluarga termasuk 11 keluarga Orang Asli.

Beliau berkata, PKPD dikenakan selepas 71 penduduk disahkan positif selepas menjalani ujian Covid-19.

“Hasil ujian saringan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati peratusan penduduk yang dijangkiti virus Covid-19 adalah sebanyak 56.3 peratus ”, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian berkata, pengurusan di dalam kawasan PKPD itu diambil alih pihaknya dan bilik gerakan turut diaktifkan yang berpusat di Dewan Serbaguna Kampung Nelayan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI