fbpx
Seorang peneroka Blok 4 Felda Jengka 24 di hadapan rumahnya yang dihias dengan Jalur Gemilang di Felda Jengka 24 Jerantut hari ini.

Belanja RM9,000 hias Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan peneroka Felda Blok 4 Jengka 24 di sini membelanjakan kira-kira RM9,000 bagi menghias rumah dan kawasan blok 4 tanah rancangan berkenaan dengan Jalur Gemilang.

Ketua Wanita Blok 4 Jengka 24, Sharifah Idris,54, berkata, sebanyak RM3,000 digunakan bagi menghias kawasan lorong dan jalan manakala selebihnya digunakan setiap rumah bagi menghias kediaman masing-masing.

“Ahli blok seramai 20 orang telah menubuhkan tabung cakna kemerdekaan bagi membeli keperluan khususnya Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri untuk memeriahkan bulan kemerdekaan.

“Ahli blok ini sentiasa bersatu dan bermuafakat bagi menjayakan sambutan bulan kemerdekaan dan sehingga tengah malam kami bersama anak-anak masih menghias kawasan lorong jalan dengan Jalur Gemilang,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Sharifah setiap kediaman di blok berkenaan membelanjakan kira-kira RM300 bagi menghias kediaman masing-masing untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan.

Katanya, meskipun menghabiskan belanja yang agak besar bagi menghias kawasan rumah dan blok berkenaan, mereka tidak berasa rugi memandangkan ia dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI