fbpx

590 individu ditipu peniaga barangan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi PPSM, Yusuf Azmi (dua dari kiri) berkata, daripada jumlah tersebut seramai 207 mangsa sudah membuat laporan polis dengan kerugain berjumlah RM333,000.

KUALA LUMPUR – Seramai 590 individu didakwa ditipu oleh peniaga barangan elektronik secara dalam talian membabitkan kerugian berjumlah RM950,000 sejak tahun lepas hingga kini.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi berkata, daripada jumlah tersebut seramai 207 mangsa sudah membuat laporan polis dengan kerugian berjumlah RM333,000.

Jelasnya, kesemua mangsa ditindas dengan jualan barangan elektrik yang jauh lebih murah daripada harga pasaran serta diambil kesempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kedai barangan elektrik untuk beroperasi.

“Modus operandi yang digunakan ialah dengan mengiklankan barangan-barangan jenama terkenal tersebut di laman Instagramnya, kemudian dijual dengan harga lebih murah kerana menurut individu tersebut, kesemua barangan itu dibeli semasa jualan harga murah di luar negara.

“Pembeli mula rasa terpedaya apabila penjual itu tidak memberi barang-barang tersebut pada tarikh yang ditetapkan setelah membuat bayaran dengan alasan barang masih tidak lepas pemeriksaan pihak kastam dan pelbagai lagi,” katanya pada sidang akhbar di sebuah restoran di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Yusuf berkata, mangsa-mangsa juga diugut dengan surat saman oleh individu tersebut jika mahu membuat laporan polis.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa, pekerja swasta, Nafisz Daniel Abd. Rahim berkata, dia mengalami kerugian berjumlah RM1,079 untuk membeli penghawa dingin serta set periuk berjenama pada Mei lalu.

“Setelah melakukan tiga kali bayaran berjumlah RM1,079 sebelum saya membuat bayaran terakhir, saya terjumpa satu posting soerang mangsa di Facebook tentang individu tersebut.

“Sejurus selepas itu, saya terus buat laporan polis, saya dimaklukan individu tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah melakukan penipuan seperti tawaran pakej umrah, barang-barang kosmetik serta makanan kucing,” ujarnya

Seorang lagi mangsa, suri rumah, Zahirah Abdul Mutalib berkata, dia mengalami kerugian lebih RM3,000 selepas melakukan pembelian televisyen dan juga dua biji seterika.

“Saya dapat tahu ia satu penipuan apabila barangan saya dari Pulau Pinang dihantar lambat sepatutnya paling lama seminggu dan barang luar negara pula dijanjikan dua bulan namun bagi pelbagai alasan diberikan penghantaran terganggu akibat PKP dan juga sekatan kastam.

“Kemudian, minta nombor penjejakan untuk pesanan saya namun tidak diberikan dan dari situ telah membuatkan saya curiga dan membuat siasatan di Facebook, rupayan ramai yang telah menjadi mangsa penipuan dan saya terus bertindak membuat laporan polis,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN