fbpx

Sorok mayat mangsa rogol, liwat bawah katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang wanita berusia 40 tahun ditemui mati dalam keadaan tragis apabila mayatnya dijumpai di bawah katil selepas dirogol dan diliwat di sebuah rumah di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal di sini semalam.

Kejadian itu terbongkar apabila seorang kenalan mangsa pergi ke rumah teres dua tingkat berkenaan selepas berjanji untuk berjumpanya pada pukul 3 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, saksi berkenaan mendakwa melihat seorang lelaki bermotosikal keluar dari rumah mangsa sebelum dia menghubungi kakak mangsa.

Gambar dipercayai suspek bermotosikal yang dirakam jiran mangsa di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.

“Semasa pemeriksaan dibuat, keadaan rumah mangsa adalah berselerak dan mayat ditemui terbaring di bawah katil di dalam bilik tingkat bawah.

“Selain itu, seorang jiran mangsa turut mendakwa nampak pergerakan keluar seorang lelaki dengan motosikal jenis SYM dari rumah itu kira-kira pukul 4.30 petang semalam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Chong Chern berkata, hasil maklumat berkenaan, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah lampau ketika bersembunyi di Changkat Sungai Jawi, Nibong Tebal.

“Hasil siasatan ke atas suspek mendapati sehari sebelum kejadian dia pergi menghisap syabu di rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap kira-kira pukul 6 petang.

“Kemudiannya, kira-kira pukul 2 pagi, suspek meminjam motosikal rakannya untuk bersiar-siar di kawasan taman perumahan itu sebelum masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang.

“Suspek mendakwa telah masuk ke dalam bilik tidur dan nampak mangsa sedang tidur di atas katil sebelum merogol dan meliwatnya,” katanya lagi.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan.

“Suspek kemudiannya mendapat mangsa tidak bergerak dan dia disyaki telah meninggal dunia sebelum menarik mayatnya dan disembunyikan di bawah katil,”ujarnya- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI