fbpx

Mimi Lana pesan, main media sosial jangan ikut nafsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI LANA

SI cantik Mimi Lana baru-baru ini ada meninggalkan pesanan ringkas tapi penuh bermakna untuk semua pengguna media sosial.

Pesan Mimi, dia mahu semua netizen menjaga tutur kata kerana khuatir memberi kesan buruk kelak.

Antara yang dititipkan Mimi ialah sentiasa menjaga tutur kata dan berfikir adakah setiap hantaran yang dimuat naik akan memberi impak kepada orang lain.

“Jaga tutur kata dalam media sosial. Saya tahu semua bosan tetapi kalau sudah disaman, ada ke duit nak bayar musim PKP ini?

“Fikirlah 10 kali sebelum membuat sebarang hantaran atau komen. Jangan ikut nafsu sangat bila bersosial dalam platform media,” ciapnya dalam Twitter.

Betul apa yang dipesan Mimi. Berhati-hatilah dalam membuat sebarang tindakan. Sekarang zaman viral. Buat salah sikit pasti akan tular. Jadi, hati-hati ya.

DIVA: Banyak kes saman-menyaman sesama artis. Apa kesudahan kes saman Siti Nordiana ya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI