fbpx

Ladang ayam diarah tutup operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Veerapan (kiri) dan Bakri (tengah) meninjau kerja-kerja penyelenggaraan ke lokasi ladang ayam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh yang didakwa telah menyebabkan anak Sungai Salak tercemar. - Foto NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Sebuah ladang ayam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, di sini, diarah menutup operasi bermula hari ini selepas didapati menyebabkan pencemaran pada anak Sungai Salak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, pengusaha ladang ternakan itu juga diarahkan untuk melaksanakan pembersihan serta penyelenggaraan kolam kumbahan dalam masa tujuh hari.

Menurutnya, satu notis dikeluarkan Badan Kawal Selia Air (BKSA) membabitkan larangan pencemaran sungai daripada aktiviti ladang ayam berkenaan.

“Kita dapati ladang ini mempunyai 61 reban yang perlu diselenggara dengan baik.

“Punca pencemaran itu apabila pengusaha cuba bersihkan ayam yang mahu di bawa keluar, ayam disembur air dan najis-najis tu keluar dari sini (mengalir ke anak sungai),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengambil sampel air Sungai Anak Salak yang tercemar dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Laporan itu dijangka mengambil masa dua minggu hingga sebulan bagi mengetahui keputusan sampel air yang diambil pada hari ini,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI