fbpx

Enam negeri belum capai 50 peratus vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak enam buah negeri iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah belum mencapai paras 50 peratus kadar vaksinasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memberi tumpuan terhadap negeri terbabit.

“Saya mahu sebelum bulan September 2021 berakhir enam negeri ini mesti lebih 50 peratus (kadar vaksinasi) dan jika boleh lebih awal.

“Saya tidak mahu lihat ada lagi negeri kurang 50 peratus. Jika ada vaksin yang mengalami masalah penghantaran tidak perlu tunggu. Kita beralih kepada vaksin sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan pemberian dos vaksin AstraZeneca yang kesejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Ismail Sabri berkata, Terengganu baru mencapai kadar vaksinasi 46.2 peratus, Perak (46.5 peratus), Johor (44.9 peratus), Kelantan (43.2 peratus), Kedah (43 peratus) dan Sabah (37.1 peratus). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI