fbpx

Ziarah kubur dibenarkan, perlu ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Aktiviti ziarah kubur di setiap negeri dibenarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun orang ramai perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang SOP khusus kepada orang ramai untuk menziarahi tanah perkuburan.

“Sebelum ini, kita ada mewujudkan SOP ziarah kubur, namun ia dikaitkan ketika musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

Rodzi.

“Dalam keadaan luar perayaan pula, aktiviti ziarah kubur sebenarnya tidak menjadi satu isu dan dibenarkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, keutamaan terhadap pematuhan SOP merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan sekiranya orang ramai mahu menziarahi perkuburan.

“Paling penting, ketika ziarah kubur, orang ramai perlu memastikan penjarakan fizikal satu meter diamalkan dan pemakaian pelitup muka dilaksanakan selain menjaga kebersihan seperti kerap mencuci tangan.

“Jadi, aktiviti ziarah kubur dibenarkan dan ia mestilah tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan kerajaan dari masa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah di Temerloh, Pahang mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Rata-rata mereka mempersoalkan mengenai kebenaran menziarahi tanah perkuburan memandangkan Pahang masih lagi berada di Fasa 2 PPN. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI