fbpx

PM berteka-teki siapa Timbalan Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika meninjau latihan Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini hari ini.

BERA – Siapa yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri terus menjadi persoalan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berteka-teki dengan pengisian jawatan itu.

Ismail Sabri ketika ditemui sempena lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di sini tidak menolak kemungkinan jawatan nombor dua itu akan diisi kelak.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila dan siapa antara yang akan dilantik mengisi jawatan berkenaan.

“Pada mula-mula Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Perdana Menteri) umum juga tiada (Timbalan Perdana Menteri), sama sahaja.

“Insya Allah kalau macam dulu, mula-mula tiada tetapi (selepas itu) ada. Kamu hendak siapa?,” ujarnya ketika sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera membuat lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor, di sini hari ini.

Yang hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri dengan sebahagiannya hanya bertukar portfolio yang disandang mereka sebelum ini.

Bagaimanapun jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diumumkan yang mecetus teka-teki dan persoalan sehingga kini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI