fbpx

Krisis air Terengganu: Perdana Menteri sumbang air minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kanan) bersama sebahagian daripada air minuman yang disumbangkan Perdana Menteri untuk diagihkan kepada penduduk terjejas, hari ini.

KUALA NERUS – Krisis air yang menjejaskan 150,000 penduduk di daerah ini dan Kuala Terengganu sejak Isnin lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kira-kira 1.18 juta liter air minuman sumbangan Ismail Sabri telah disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Anuar Yunus dan ia mula diagihkan kepada 30,000 rumah keluarga terlibat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Ismail Sabri amat prihatin dengan kesukaran yang dihadapi penduduk yang terjejas.

“Kepayahan penduduk terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air buat kali kedua dalam tempoh sebulan telah menimbulkan simpati buat beliau (Ismail Sabri).

“Beliau melahirkan hasrat untuk turun padang bagi meninjau sendiri krisis air dalam masa terdekat,” katanya ketika membantu mengagihkan bantuan air minuman tersebut di sini hari ini.

Kosmo! 24 Ogos lalu melaporkan krisis air melanda daerah ini dan Kuala Terengganu yang pulih pada 13 Ogos lalu melanda semula buat kali kedua selepas dua paip yang terdapat di dasar Sungai Terengganu dikesan telah pecah pada Isnin lalu.

Kerosakan paip tersebut dijangka mengambil masa 20 hari untuk dipulihkan sekali gus masalah gangguan air di kawasan terlibat bakal berlarutan sehingga 12 September depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI