fbpx
Mereka yang mengalami psikosis berdepan simptom se­perti halusinasi dan delusi hingga menyebabkan perubahan dari segi pemikiran, perasaan serta tingkah laku. - Gambar hiasan

Sakit mental jadi pembunuh senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gejala pe­nyakit mental seperti psikosis mampu menjadi pembunuh se­nyap kepada masyarakat berikutan keadaan penghidapnya yang kelihatan normal seperti keba­nyakan individu lain.

Pesakit yang mengalami gejala itu juga boleh bertindak di luar jangka termasuk boleh mence­derakan atau membunuh seseorang pada bila-bila masa sahaja sekiranya tidak mendapat rawatan dengan kadar segera.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Hazli Zakaria berkata, penyakit mental tidak menjadikan penghidapnya bertukar ganas, namun mereka boleh bertindak demikian apabila mencapai tahap kritikal selain didorong pengambilan dadah.

“Mereka yang mengalami psikosis berdepan simptom se­perti halusinasi dan delusi hingga menyebabkan perubahan dari segi pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

“Individu yang berhalusinasi boleh mendengar suara ghaib, melihat sesuatu yang tidak dilihat orang lain dan melalui pe­ngalaman yang sukar difahami oleh orang lain,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pesakit yang mengalami delusi pula yakin bahawa apa yang mereka fikirkan betul dan percaya ada orang mahu melakukan jahat terhadap mereka termasuk ahli keluarga.

“Sebenarnya, pesakit mental ada di sekeliling kita, tetapi mereka masih mampu menyem­bunyikan simptom-simptom ter­sebut. Secara luarannya me­reka kelihatan sihat. Apabila gejala semakin serius, ia mampu membunuh lebih-lebih lagi jika mengambil dadah,” ujarnya.

Berita berkaitan: Penyakit mental makin meruncing

Dr. Hazli menjelaskan, tidak semua pesakit mental berbahaya kepada masyarakat kerana ia bergantung kepada tahap pe­nyakit tersebut.

Sementara itu, Pakar Perun­ding Kanan Psikiatri Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari memberitahu, pesakit mental mampu mendatangkan bahaya jika ber­terusan murung.

“Masalah di tempat kerja, hilang pendapatan, penceraian dan kematian antara faktor yang menyumbang kepada penyakit mental. Selain itu, penyakit mental juga boleh berlaku disebabkan faktor genetik selain ketagihan dadah dan alkohol,” katanya.

Jelas Muhammad Muhsin, masalah kemurungan, kebimbangan melampau, schizophrenia dan bipolar berisiko tinggi berdepan penyakit mental serius jika tidak dirawat sejak awal.

Antara tanda-tanda yang ditunjukkan pesakit mental termasuklah suka menyendiri, hilang fokus terhadap kerja, ke­seronokan melampau dan hilang selera makan.

“Penyakit ini boleh dirawat dan akan sembuh dalam masa dua tahun sekiranya berada dalam persekitaran yang baik.

“Ada yang ambil masa singkat untuk sembuh, namun hanya 15 peratus kes sembuh tanpa berulang dilaporkan,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan tahap kesihatan mental rakyat Malaysia berada pada tahap meruncing apabila masalah jiwa bakal menjadi ancaman nombor satu selepas penyakit empat serangkai iaitu jantung, buah pinggang, darah tinggi dan ken­cing manis.

Kajian menunjukkan satu da­ripada tiga rakyat negara ini ber­usia 16 tahun ke atas atau lebih setengah juta individu berisiko menghidap penyakit itu yang dikenali sebagai ‘kodokushi’ iaitu memilih untuk mati bersendirian tanpa diketahui orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN