fbpx

Monyet pun reti patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan telatah lucu seekor monyet baru-baru ini.

PETALING JAYA – Telatah seekor monyet liar secara spontan mengenakan pelitup muka tular di media sosial baru-baru ini.

Pengendali laman Twitter @bunkroti berkongsi di dalam video itu terlihat, aksi monyet itu bersahaja menutup mulut dan mukanya apabila orang ramai cuba mendekatinya.

“Monyet pun reti ikut SOP, malulah kalau jadi antivaksin tapi SOP pun susah nak ikut,” tulis pengendali akaun Twitter menerusi ruangan kapsyen video hantaran tersebut semalam.

Hantaran itu menerima reaksi yang pelbagai dengan kebanyakan pengguna media sosial menyifatkannya sebagai melucukan selain ada yang ingin menghadiahkan monyet tersebut pelitup muka kanak-kanak.

“Pandai lah monyet ini ikut SOP, manusia biasa pun tak nak ikut SOP” ujar Zawawiyah.

“Kalau jumpa monyet ini nak bagi dia satu pelitup muka kanak-kanak” komen Nabilah Husna.

“Rasanya ini golongan antivax yang makan ivermectin itu, sebab itu dari manusia jadi binatang” kata Paeh.

“Baguslah monyet ini jaga SOP, tapi janganlah tutup mata itu nanti tak nampak masa depan nanti,” tulis seorang lagi pengguna.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 16,000 ulang kicau dan 19,000 tanda suka di media sosial Twitter miliknya – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI