fbpx

Guru agama nafi pukul pelajar OKU sampai cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini.

MELAKA – Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul pelajarnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sehingga cedera menggunakan penyapu, Ahad lalu.

Tertuduh, Mohamad Haslam Abdul Salam, 32, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan cedera di bahagian belakang badan, kedua-dua tangan dan kaki seorang lelaki OKU menggunakan sebatang penyapu.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 7 pagi di Taman Gadong Bahagia, dalam daerah Melaka Tengah pada 22 Ogos lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau dengan sebat atau dengan denda atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Sivashangari mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa yang merupakan pelajarnya serta saksi lain.

Tertuduh yang diwakili Peguam Peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan dia kini menanggung keluarga termasuk tiga orang anak, selain bekerja sebagai guru agama di sebuah madrasah.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan tarikh 27 September depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI