fbpx

Gelagat kanak-kanak ikut bapa solat curi tumpuan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Reaksi comel seorang kanak-kanak ‘meniru’ bapanya sedang menunaikan solat curi tumpuan orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok @dielanorfadilah, kelihatan kanak-kanak tersebut yang dipercayai merupakan kanak-kanak istimewa menunaikan solat disamping bapanya.

Apa yang menariknya adalah apabila kanak-kanak yang dikenali sebagai Aqeel itu dilihat menyediakan sendiri sejadah disamping bapanya dan meniru gerak-geri lelaki tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat keletah kanak-kanak tersebut yang bersungguh-sungguh meniru gerak-geri bapanya.

“Terima kasih yang mendoakan anak istimewa saya, tak terbalas komen kawan-kawan semua. Moga doa berbalik dekat awak semua. Aqeel dah tiga tahun,” kata diela norfadhilah.

“Semoga Allah jaga kamu sebaik-baiknya. Pertama kali lalu di post saya, terus saya nak tengok berapa umur si comel yang sangat pintar ni,” kata Shaza.

“Bagus adik ni.. Semoga adik menjadi hamba yang taat pada Allah, membahagiakan kedua ibu dan ayah,” kata Shakiroh.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 40,000 kali dan turut tular di beberapa platform media sosial seperti Facebook dan Twitter. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI