fbpx

Emoji khas semarakkan sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengguna Twitter di negara ini berpeluang untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan negara yang ke-64 dan Hari Malaysia susulan kerjasama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak Twitter Inc.

Usaha membangunkan emoji khas itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia Prihatin untuk rakyat menzahirkan perasaan dan semangat cinta kepada negara bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat (MCMC) emoji khas yang dibangunkan secara percuma itu boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk orang ramai menunjukkan semangat akan cintakan negara Malaysia.

“Emoji Twitter khas tersebut akan dipadankan dengan tanda pagar (hashtag) yang dipersetujui penggunaannya iaitu #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka, #MenangBersama dan #HariMalaysia yang mana pengguna hanya perlu memasukkan tanda pagar berkenaan dan emoji yang dimaksudkan akan dipaparkan secara automatik.

“Jangka masa penggunaan emoji khas dan tanda pagar tersebut adalah untuk satu tempoh yang terhad iaitu bermula dari 31 Ogos 2021 ini sehingga 16 September 2021 depan.

Emoji khas yang dibangunkan oleh Twitter sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Dengan itu, MCMC ingin mengajak para pengguna Twitter di negara ini untuk tampil menggunakan emoji yang dibangunkan bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Marilah kita beramai-ramai menyarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan mengunakkan emoji khas yang telah dihasilkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menunjukkan sokongan kita terhadap negara. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI