fbpx

Selepas 30 tahun ‘bayi’ album Nevermind saman Nirvana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPENCER ELDEN bertindak memfailkan saman terhadap Nirvana kerana menggunakan gambar menampakkan alat sulitnya ketika bayi tanpa perjanjian hitam putih.

TIGA dekad berlalu, kini ‘bayi’ yang menghiasi gambar kulit album Nirvana terbitan tahun 1991, Nevermind mengajukan tuntutan berjumlah RM630,000 daripada setiap seorang anggota kumpulan rock terkenal itu serta beberapa induvidu lain.

Bayi tersebut atau Spencer Elden dalam kenyataannya mendakwa rakaman gambar yang dibuat dalam keadaan telanjang ketika berusia empat bulan itu membuktikan berlakunya eksploitasi seksual kanak-kanak.

Dia mendakwa gambar yang dirakam di sebuah pusat akuatik di Pasadena, California itu tidak mendapat persetujuan ibu bapanya secara hitam putih, sekali gus menyalahi undang-undang.

Memetik laporan TMZ, dalam tuntutannya, Elden mendakwa dia juga tidak bersetuju gambar tersebut digunakan berkenaan kerana masih terlalu kecil.

SPENCER ELDEN

Dalam satu laporan lain, dikatakan keluarga Elden hanya diberikan bayaran bagi sesi fotografi itu sebanyak US$200 atau sekitar RM840 untuk nilai sekarang.

Pada gambar di kulit album tersebut yang menampakkan alat sulitnya, kelihatan Elden yang masih bayi turut ‘mengejar’ sekeping wang kertas.

Dakwa Elden, awalnya Nirvana berjanji mahu menutup kemaluannya dengan pelekat, begitupun perjanjian tersebut tidak disahkan atau dipenuhi sehinggaalah Nevermind diterbitkan.

Susulan itu, Elden mendakwa mengalami ‘kerosakan’ seumur hidup apabila identitinya terdedah dengan eksploitasi seksual komersial, melalui tekanan, berdepan masalah pembelajaran dan memerlukan bantuan perubatan.

Menerusi peguamnya, Elden menuntut AS$150,000 atau RM630,000 daripada setiap seorang 15 defendan yang melibatkan anggota band yang masih hidup Dave Grohl dan Krist Novoselic.

GAMBAR Spencer Elden sewaktu bayi yang dijadikan kulit album Nevermind oleh kumpulan Nirvana terbitan 30 tahun lalu

Dia juga membuat tuntutan ke atas pengurus ladang Kurt Cobain, bekas isteri Cobain, Courtney Love dan tidak ketinggalan jurugambar yang juga dikatakan kenalan keluarganya, Kirk Weddle.

Menurut dokumen tersebut, Elden mendakwa Cobain, Grohl dan anggota kumpulan yang lain gagal melindungi dan menghalangnya daripada dieksploitasi secara seksual.

Selain Grohl dan Novoselic, Nirvana yang ditubuhkan di Aberdeen, Washington pada tahun 1987 turut dianggotai penyanyi dan pemain gitar, Cobain namun Cobain
meninggal dunia pada 5 April 1994.

Nevermind pula merupakan album kedua mereka yang membariskan lagu popular seperti Smells Like Teen, Lithium, In Bloom  Spirit dan Come as You Are. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI