fbpx

Payudara bengkak 2 jam selepas terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasa sakit dan bengkak tersebut dialami dua jam selepas APS menerima suntikan vaksinasi. – AFP

JAKARTA – Seorang remaja perempuan dari wilayah Sumatera Barat, Indonesia dilaporkan mengalami bengkak pada payudara kanannya dua jam selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor laman berita Suara.com semalam.

Gadis yang hanya dikenali sebagai APS, 17, itu turut dilaporkan mengalami rasa sakit pada bahagian payudara yang sama.

“Buat masa ini, APS berada dalam pemantauan kami dan telah diberikan ubat,” kata Ketua Jabatan Kesihatan Kota Pariaman, Nazifah.

APS sebelum itu menerima suntikan vaksinasi pada 21 Ogos lepas di sebuah pusat vaksinasi daerah sebelum mengadu mengalami rasa sakit pada bahagian payudara kanannya selain turut membengkak.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Daerah Sadikin dan dirawat sepasukan doktor pada Isnin lepas.

Keadaannya kini dilaporkan semakin stabil, namun pihak hospital belum mengenal pasti punca kepada masalah itu. 

Pihak Jabatan Kesihatan turut menanggung pembiayaan perubatan gadis tersebut kerana keadaan itu berlaku selepas dia menerima suntikan vaksin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN