fbpx

Nadia Brian tak putus teguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA BRIAN

TIADA angin tiada ribut, nama pelakon cantik, Nadia Brian tiba-tiba kembali diperkatakan baru-baru ini.

Bukan kerana isu percintaan tetapi seperti biasa kerana penampilannya yang didakwa semakin seksi.

Mizz Lahar rasa, ini bukan kali pertama kisah penampilan Nabila yang semakin seksi. Sudah beratus kali.

Terbaharu, katanya ramai netizen menegur cara pemakaian Nadia semakin berani dalam Instagram.

Semua komen tersebut muncul selepas Nadia memuat naik sebuah video memaparkan dia memakai skirt pendek dan baju berwarna putih.

“Kenapa Nadia semakin seksi? Sedihlah,” komen seorang pengikut Instagramnya.

Bagaimanapun, di sebalik timbunan komen negatif, terselit juga segelintir peminat yang terus mendoakan Nadia agar kekal positif dan berubah menjadi insan lebih baik.

Tak mengapalah Nadia, ambil yang jernih dan buang yang keruh.

MIZZ LAHAR: Doakan yang terbaik buat pelakon senior Harun Hashim yang masih ditahan di hospital akibat darah tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI