fbpx

Maloney panggil dua bakat muda di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN mungkin antara tonggak yang akan dipanggil untuk perkuat skuad B20 negara.

KETUA jurulatih skuad bawah 20 (B20) kebangsaan, Brad Maloney memanggil 27 nama pemain untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya, Selangor dari 30 Ogos hingga 7 September ini.

Ia sebagai persediaan awal sebelum skuad B20 kebangsaan menghadapi aksi Kumpulan J kempen kelayakan Piala Asia B23 2022 menentang Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober depan.

Berdasarkan senarai nama itu, Maloney memanggil dua bakat muda negara beraksi di bahagian pertahanan yang kini berpusat di England seperti Amir Faruk, 17, dari Chipstead FC dan Adam Roshan Kris Azman, 18, dengan Brook House FC.

Selain itu, Selangor FC 2 mempunyai jumlah paling ramai dipanggil, 10 pemain diikuti Terengganu FC II (5 pemain), Johor Darul Ta’zim II (5 pemain), Skuad Projek FAM-MSN (4 pemain) dan seorang daripada Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Bagi kem latihan pusat Fasa 1 kali ini, Maloney memanggil majoriti pemain-pemain daripada pasukan Liga Premier memandangkan saingan divisyen kedua tanah air itu sedang berehat seketika sepanjang jendela perlawanan antarabangsa FIFA.

Beberapa lagi pemain lain dalam kancah Liga Super akan dipanggil menyertai skuad B20 kebangsaan untuk latihan pusat Fasa 2 yang dijadualkan bermula 19 September depan.

Nama-nama baharu yang kemungkinan dipanggil seperti bintang muda kelab Belgium KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsuddin dan Wan Kuzri Wan Kamal yang berpangkalan di Amerika Syarikat ketika ini.

Sebagai rekod, Malaysia akan memulakan aksi menentang Laos pada 27 Oktober nanti diikuti tuan rumah, Mongolia (29 Oktober) dan seterusnya Thailand (31 Oktober). – K! ONLINE

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI