fbpx

Jodoh janda anak satu dengan lelaki 79 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megawati dan Yakub berkahwin atas dasar suka sama suka. – BeritaBali

JAKARTA – Seorang wanita dari wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan seorang warga emas berusia 79 tahun, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Megawati, 36, yang merupakan seorang janda anak satu berkahwin atas dasar suka sama suka selepas dilamar oleh warga emas tersebut, Yakub.

Menurut penduduk setempat, pertemuan antara kedua-dua mereka berlaku ketika Yakub pergi ke sebuah dusun di kampung Megawati untuk membeli kambing.

Yakub yang lebih mesra disapa Papi itu kemudiannya menyatakan hasratnya untuk melamar Megawati, dan dipersetujui oleh wanita kacukan China dan Arab itu.

Dengan memberikan mas kahwin berjumlah tiga juta rupiah (RM871), kedua-dua mereka telah sah bergelar suami isteri.

Yakub merupakan seorang duda dan tidak memiliki anak. 

Dia turut tersenarai sebagai penduduk kurang berkemampuan dan merupakan penerima bantuan wang tunai yang diberikan pemerintah Indonesia kepada penduduk miskin. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI