fbpx

Hati Najwa Latif sudah dimiliki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJWA LATIF

NAJWA LATIF sedang bercinta? Itu yang terlintas dalam benak fikiran ketika menyaksikan sebuah video TikTok yang kandungannya seperti memberi bayangan hatinya sudah dimiliki.

Dalam video tersebut, Najwa yang membahasakan dirinya sebagai Wawa membuat pendedahan sedang mengenal hati budi seseorang.

“Saya sedang mengenal hati budi seseorang dan benda itu sudah cukup jelas (sudah berpunya).

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab masih belum berkahwin dan tidak manis sangat,” katanya.

Sejak penjelasan tersebut, ramai netizen mula membuat andaian bahawa Najwa sedang bercinta dengan rakan duetnya sebelum ini iaitu Akwa Ariffin.

Selain itu, video TikTok Akwa yang memaparkan Najwa dan tertulis kapsyen seperti tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi lagu Kosong itu menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Jika benar dakwaan netizen, ramai yang mendoakan kebahagiaan Najwa. Nanti, kalau dah dekat hari akad, kongsilah ya. Jangan kahwin senyap-senyap pula.

MIZZ LAHAR: Cantik sungguh solekan Elisya Sandha pada hari pernikahannya. Persis pelakon Bollywood!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI