fbpx

United perlu kejar Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE sudah tawar hati untuk kekal bersama Spurs dan dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab termasuk United. – AFP

LONDON – Legenda Manchester United, Gary Neville mendakwa bahawa kejayaan bekas kelabnya itu mendapatkan khidmat Jadon Sancho dan Raphael Varane tidak mampu untuk memboleh­kan mereka menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris.

Menurutnya, United perlu bersedia dan lebih agresif dalam usa­ha mendapatkan penggempur utama Tottenham Hotspur, Harry Kane bagi menjamin mereka meraih lebih banyak kejayaan selepas ini.

Neville percaya, kehadiran Kane di Old Trafford akan menukar reputasi United sebagai antara kelab yang dianggap pencabar kejuaraan untuk musim ini.

“Perasaan saya mengatakan bahawa kedua-dua mereka (Sancho dan Varane) tidak akan memberikan impak yang sama seperti (Virgil) Van Dijk dan ­Alisson yang berjaya memberikan 95 mata kepada Liverpool ketika mereka memenangi EPL.

“Chelsea memperkuatkan pa­sukan mereka dengan mendapatkan Romelu Lukaku, City pula memiliki Jack Grealish dan jika Pep Guardiola mendapatkan Kane, United dalam masalah besar.

“Saya tidak tahu mengapa Uni­ted tidak mahu mengambil langkah tambahan pada jendela perpindahan kali ini. Mereka sentiasa berusaha mendapatkan pemain terbaik di England sebelum ini.

“Ketika Anthony Martial, Da­niel James dan Jesse Lingard bakal dijual, kenapa mereka tidak pergi mendapatkan Kane? Jika Kane bersama United, saya yakin mereka mampu mendapatkan 94 atau 95 mata semusim.

“Kane tidak akan membuatkan mereka kecewa, selain mereka juga perlu bersedia mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Edinson Cavani dan Martial. Ini adalah masa yang tepat untuk United,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI