fbpx
Anwar Ibrahim

Tiada usul percaya jika isu rakyat diutamakan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan tidak akan mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri jika isu rakyat diutamakan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan menyulitkan soal undi percaya sekiranya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengutamakan soal rakyat dalam setiap polisi kerajaan.

“Kita beritahu kalau dalam suasana begini dan program-program itu agak pro-rakyat, kita tidak akan persulitkan (undi percaya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di luar Kompleks Bangunan Perdana Putra, hari ini selepas mengadakan pertemuan bersama Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri.

Turut bersama dalam pertemuan itu termasuk Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketiga-tiga pemimpin itu dilihat memasuki Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 2 petang tadi sebelum keluar kira-kira pukul 3.30 petang.

Ditanya sama ada ada perbincangan mengenai tawaran menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN), Anwar menjelaskan, ia tidak dibincangkan pada pertemuan itu.

Pada masa sama, Anwar juga memaklumkan, isu tawaran sebagai ketua pembangkang dalam Kabinet juga tidak dibincangkan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI