fbpx

Tebuk rumah jiran ‘hantar’ gas beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berusia 63 tahun itu dituduh menebuk lubang di dinding rumah jirannya bagi mengepam gas beracun dengan tujuan membunuh. - The Sun

BIANZE, Itali – Seorang lelaki warga emas ditahan polis kerana didakwa cuba membunuh jirannya menggunakan gas beracun selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran, lapor akhbar The Sun, semalam.

Menurut laporan polis, lelaki itu cuba mengepam gas beracun ke dalam rumah jirannya menerusi satu lubang kecil yang ditebuk semasa mangsa keluar membeli barangan dapur.

Apabila mangsa pulang ke rumah, dia menghidu bau asap yang pelik sebelum ternampak lubang kecil berisi tiub yang melekat pada tong gas di luar rumah.

Dia kemudiannya segera menghubungi pihak bomba yang bertindak menutup kawasan rumah bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa sudah terlibat dalam perselisihan faham sejak bertahun-tahun lamanya dan tidak pernah berbaik sepanjang hidup berjiran.

Suspek kini ditahan reman dengan perintah mahkamah bagi memastikan siasatan polis tidak terganggu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI