fbpx
Rozieana Ahmad

26 guru enggan divaksin sudah dipujuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seramai 26 guru di negeri ini masih enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas alasan masih ragu-ragu dan juga mempunyai masalah kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Rozieana Ahmad berkata, daripada keseluruhan 4,710 guru di negeri ini, seramai 4,504 telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau berkata, daripada baki guru yang belum menerima suntikan vaksin, seramai 26 orang daripada mereka masih lagi enggan divaksin walaupun sudah melalui proses perbincangan untuk memujuk mereka.

“Sebelum ini ada 91 guru yang enggan divaksin tetapi apabila melalui proses perbincangan, 65 orang sudah bersetuju untuk menerima vaksin.

“Mereka yang tidak mahu menerima suntikan vaksin ini antaranya memberi alasan mempunyai penyakit kronik dan juga masih ragu-ragu,” katanya selepas Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN Perlis di sini hari ini.

Katanya, bagi guru yang mempunyai penyakit, mereka tidak perlu risau kerana boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

“Malah sebelum ini ada mereka yang mempunyai penyakit dan warga emas berusia 100 tahun ke atas juga mengambil vaksin dan tidak mempunyai masalah,” ujarnya.

Beliau pada masa sama, merayu supaya guru-guru dapat memikirkan kepentingan pelajar supaya mereka dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah sebaik sahaja semua golongan pendidik itu sudah divaksin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI