fbpx

Polis tingkat kawalan kekang penyeludupan ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menyampaikan pingat Jasa Pahlawan Negara kepada pesara polis, Yahya Samad yang lumpuh di kediamannya di Taman Jati, Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Polis terus mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang kegiatan penyeludupan daun ketum ke negara jiran itu yang dijangka meningkat selepas kerajaan Thailand mengeluarkan tumbuhan tersebut daripada senarai dadah berbahaya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kawalan dan rondaan di sempadan menerusi Op Benteng akan terus dipergiatkan bersama pasukan keselamatan lain.

“Seperti mana kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain di dalam akhbar hari ini bahawa terdapat kemungkinan aktiviti penyeludupan ketum ini meningkat, maka kita akan tingkatkan kawalan terutamanya menerusi Op Benteng,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sekitar Kuala Nerang, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, walaupun kerajaan Thailand membuat keputusan tersebut, undang-undang di negara ini tetap sama yang mana aktiviti penyeludupan daun ketum itu adalah salah.

Dalam Op Bantu itu, seramai 200 keluarga miskin menerima sumbangan dan lima pesara polis menerima pingat Jasa Pahlawan Negara (JPN). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI