fbpx
Frankie Rimong didakwa atas tuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

Polis berpangkat Sarjan didakwa ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya, awal Ogos lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Frankie Anak Rimong, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, R. Salini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah memberikan dadah berbahaya jenis ketamin ke dalam tubuh badannya sendiri.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, pukul 10.55 pagi, 6 Ogos lalu.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun, jika disabit kesalahan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI