fbpx

Kes lepasi 22,000 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes terkini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 22,642 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,616,244 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali merekodkan kes melebihi 6,000 dengan 6,325 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 3,224 kes dan Kedah sebanyak 2,279 kes.

“Johor pula (1,832 kes), Sarawak (1,667 kes), Pulau Pinang (1,427 kes), Kelantan (1,424 kes), Perak (1,390 kes), Kuala Lumpur (1,128 kes), Terengganu (744 kes), Pahang (522 kes), Melaka (342 kes) dan Negeri Sembilan (269 kes).

“Perlis (44 kes), Putrajaya (21 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI