fbpx

Staf TNB maut, MPV terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam Proton Exora yang terbakar di hadapan rumahnya di Taman Pokok Mangga, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditemui meninggal dunia di dalam kenderaannya yang terbakar di hadapan rumah di Taman Pokok Mangga, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, mangsa, Md. Lela Othman, 51, dijumpai anak lelakinya yang kemudiannya bergegas mengeluarkan bapanya dari kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, anak mangsa mendakwa ketika kejadian dia terlihat bahagian belakang MPV terbakar, namun ayahnya masih berada di tempat duduk pemandu.

“Anak mangsa beritahu bapanya mengadu sakit dada sebelum keluar rumah dan menghidupkan enjin MPV untuk ke tempat kerja di MITC.

“Tidak lama kemudian dia melihat MPV bapanya berasap dan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pasukan perubatan yang tiba pada pukul 8.50 pagi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan melecur akibat kebakaran tersebut.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI