fbpx

Saya bukan pelarian – Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menegaskan dirinya bukan pelarian.

Melalui satu video yang dikongsi di akaun Facebook, Nur Sajat berkata, dia kini menjalani kehidupan seperti biasa cuma enggan pergi ke Jabatan Agama Islam (JAIS) selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah.

Menurut Nur Sajat, keengganannya menyerah diri turut menjadi sensasi kerana dia merupakan seorang selebriti.

“Tak perlu asyik nak mempersoalkan kenapa JAIS kejar, minta tolong polis tangkapkan. Pasal kes tak nak pergi JAIS sahaja. Sebab aku ni retis (artis), pasal itu jadi kecoh,” katanya.

Terdahulu, pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Kesalahan itu dilakukan di Nursajat Beauticion, Seksyen 16 di sini pukul 7.30 malam pada 23 Februari lalu.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor ) 1995. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI