fbpx

Naim Daniel selar geng antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Naim Daniel semalam.

Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN

PETALING JAYA – Penyanyi muda, Naim Daniel menyelar tindakan golongan antivaksin yang tidak mahu mengambil vaksin tetapi mahu menggunakan hak golongan yang telah lengkap vaksinasi.

Kata Naim menerusi akaun Twitternya, individu yang menolak vaksin adalah manusia tidak tahu malu.

“Antivax, tapi nak privilege (hak istimewa) macam orang yang ambil vaksin, tak malu,” tulisnya.

Ciapan Twitter Naim itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan antivaksin yang mahu menggunakan sijil digital golongan vaksinasi.

Kata seorang netizen @naqi5526, tindakan golongan antivaksin itu sangat mementingkan diri sendiri, malah mereka tidak malu untuk melakukan penipuan.

“Antivax sembang macam bagus, tapi ‘last’ menipu. Sanggup nak pakai orang punya certificate (perakuan) semata-mata nak dine-in. Tak malu, lepas itu kutuk orang ambil vaksin,” tulis seorang lagi netizen. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI