fbpx

Gadis buntu perkahwinan tertangguh, gagal cari bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AYUNI menunjukkan surat mahkamah untuk mengesan bapanya sebagai wali pernikahannya yang tertangguh sejak April lalu di Kuantan.

KUANTAN – Seorang gadis buntu selepas hasratnya untuk mendirikan rumah tangga sejak April lalu tertangguh sehingga kini kerana gagal mengesan bapa kandungnya bagi mewalikan pernikahannya.

Nur Ayuni Mohd Husni, 22, berkata, ibu dan bapanya bercerai ketika dia berusia lima tahun dan bapanya, Mohd. Husni Ibrahim, 48, pula sudah berkahwin lain.

“Kali terakhir saya berjumpa bapa kira-kira dua tahun lalu namun terputus hubungan selepas dia tidak lagi tinggal di alamat terakhirnya manakala nombor telefonnya juga tidak dapat dihubungi.

“Alamat terakhir bapa di Kampung Ketapang Hilir, Pekan, namun rumah itu kini kosong tidak berpenghuni,”katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara pada masa ini menyukarkan lagi usaha mengesan bapanya itu.

“Saya berharap dapat menemui bapa kandung bagi mewalikan perkahwinan selepas usaha menjejaki lelaki itu sejak beberapa bulan lalu gagal.

“Sehubungan itu, saya meminta sesiapa yang mengenali dan mengetahui lokasi bapa supaya menghubungi saya di talian 017-9786120,”ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN