fbpx

Tindakan angkat Jalur Gemilang dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang pemuda mendapat pujian orang ramai.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda yang turun dari kenderaan dinaikinya semata-mata untuk mengambil Jalur Gemilang yang terjatuh di jalan raya mengundang sebak orang ramai.

Klip video yang tular di media sosial Facebook hari ini menyaksikan tindakan tersebut turut mendapat pujian ramai, rata-rata menyifatkan semangat patriotik tersebut semakin hilang ketika ini.

Kejadian yang tidak dipastikan di mana lokasinya itu menyaksikan seorang pemuda turun dari lori kemudian berlari ke tengah jalan raya bagi mengambil Jalur Gemilang yang terjatuh.

“Tengok video ni timbul rasa sebak dalam diri aku, aku ingat sudah tak ada orang muda macam ni dekat Malaysian. Tahniah bro, suka tengok jiwa kamu,” jelas Zulkifli al-junaidi.

“Semangat patriotik yang semakin pudar rupanya masih wujud, sifat macamni yang perlu ada dekat anak-anak muda kita.

“Susah nak dapat orang macam ni, teruskan semangat yang ada, semoga negara kita kembali gemilang Covid-19 pun tiada,” jelas Khaiman_man. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI