fbpx

Jangan jual kepada suami saya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian seorang pengguna TikTok yang meminta agar peniaga online tidak menjualkan jam tangan kepada suaminya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang meminta agar peniaga secara siaran langsung di laman Facebook tidak menjualkan jam tangan kepada suaminya mencuit hati pengguna media sosial.

Kejadian tersebut yang dikongsikan oleh wanita berkenaan di laman TikTok semalam menerima pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi berkenaan yang merasa terhibur lebih-lebih lagi apabila permintaan itu dipersetujui oleh si penjual.

“You (kamu) jangan jual sama suami saya okay,” tulis wanita berkenaan di ruangan komen.

Seakan terkejut dengan permintaan itu, si penjual kemudiannya memaklumkan kepada rakan sekerjanya yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa.

“Bos, jangan jual kepada individu tersebut kerana isteri dia sudah datang ‘complain’. Erin Aris boleh bos, kalau suami kamu datang saya akan suruh dia cari kamu dulu lah, saya hormati kamu,” balas penjual tersebut.

Jelas wanita berkenaan di ruangan komen, suaminya sudah banyak kali membeli jam tangan berjenama menerusi siaran langsung berkenaan namun hanya memakai seutas sahaja.

“Beli jam banyak-banyak lepas tu simpan pakai satu sahaja. Kalau dua bulan sekali beli tidak mengapa, ini sebulan dekat tiga kali mana tak angin,” kata @erinladolly.

Menurut seorang pengguna, dia juga menghadapi masalah yang sama dan turut terispirasi untuk menggunakan cara serupa agar suaminya gagal membeli.

“Suami aku pun sama macam ni, tidak henti-henti beli jam online, pakainya tidak. Tunggulah nanti aku guna taktik macam ni biar dia kena blok (sekat),” ujar @IzzatiAm.

“Comel pula abang tu setuju sekali tak kasi suami kakak tu beli, terhibur bila tengok content (kandungan) macam ini,” kata @lianMay.

Perkongsian oleh wanita berkenaan setakat ini telah mendapat lebih daripada 86,000 tanda suka serta 1,582 komen. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI