fbpx

Bobby iKON umum kahwin mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOBBY

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi rap popular Bobby membuat kejutan kepada peminat apabila mengumumkan dia bakal berkahwin dengan tunangnya.

Bagaimanapun, anggota kumpulan iKON itu tidak mendedahkan secara terperinci maklumat perkahwinannya seperti tarikh sebenar dan lokasi majlis.

Kejutan berganda buat peminat apabila Bobby juga turut mengumumkan dia bakal bergelar ayah pada September inin selepas tunangnya itu kini sedang hamil.

“Saya berjanji untuk mengahwini orang yang saya cintai. Saya juga akan jadi ayah pada September ini. Saya gembira menyambut kedatangan anggota keluarga baharu.

“Tetapi pada masa sama, saya berasa bersalah kepada peminat atas pengumuman mengejutkan ini. Saya sepatutnya memberitahu kalian lebih awal,” katanya dalam satu surat tulisan tangan yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Tambah Bobby, dia memohon maaf andai tindakannya menyebabkan ada pihak terasa hati terutamanya buat mereka yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

“Saya betul-betul minta maaf kepada semua yang terluka dan keliru atas berita ini. Saya mahu jadi seseorang yang tidak akan memalukan keluarga, ahli iKON yang lain dan juga peminat,” ujarnya lagi.

Susulan pengumuman dibuat penyanyi itu, pelbagai reaksi diberikan peminat kerana mereka beranggapan, lelaki berusia muda seperti Bobby masih terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga.

Malah, dia yang belum menyertai latihan ketenteraan juga turut menjadi bahasan netizen yang sesetengahnya berasa kecewa atas pemberitahuan penyanyi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI